Chromecast adalah satu dongle HDMI untuk televisyen di mana anda boleh hubungkan peranti iOS atau Android ke televisyen. Sebagai contoh, anda boleh menyiarkan video dari Youtube ke TV menggunakannya tanpa mirroring peranti anda. Anda boleh lakukan tugas lain di peranti anda dan siaran di TV tidak akan terganggu.

Ianya dikuasakan oleh USB. Kebanyakan televisyen yang mempunyai slot HDMI juga mempunyai slot USB. Jadi anda tidak perlu risau untuk mencari plug atau extension wire untuk menghidupkannya. Sebaik sahaja televisyen anda dihidupkan, Chromecast juga akan dihidupkan.

Antara aplikasi yang mempunyai sokongan Chromecast antaranya Youtube, Facebook, iFlix, Spotify, Plex dan banyak lagi. Anda boleh lihat senarai aplikasi di aplikasi Google Home.

Apa yang anda perlukan untuk menggunakan Chromecast?

  1. Chromecast (Boleh dibeli di Lazada)
  2. Televisyen yang mempunyai slot HDMI
  3. Sambungan Wi-fi
  4. Aplikasi telefon pintar yang mempunyai sokongan Chromecast

Pemasangan kali pertama amat mudah, tetapan ini hanya perlu dibuat sekali sahaja. Ikuti langkah berikut.

Baca: Senarai Aplikasi yang boleh digunakan dengan Chromecast

Pemasangan Chromecast

Langkah 1:

Cari dan muat turun aplikasi Google Home di App Store atau Play Store.

Langkah 2:

Cucuk Chromecast di slot HDMI dan USB di televisyen anda.

Langkah 3:

Setelah ianya dihidupkan, anda perlu connect kepada Wi-Fi Chromecast.

Langkah 4:

Buka aplikasi Google Home di peranti anda dan ikuti langkah seterusnya dan wolla!

hafifizainalcom google chromecast 2 manual

Berita baik untuk mereka yang ingin membeli Chromecast! Google Malaysia telah melantik Lazada untuk menjadi pengedar rasmi untuk Chromecast. Jika anda ingin membeli Google Chromecast 2 di Lazada, anda boleh klik pada link di bawah.