Hola,

Setelah sekian lama, baru hidup semula blog ini. Untuk kali ini, aku ingin cuba membuat sesuatu yang lain. Blog ini bukan blog untuk personal (mungkin ada kot), tapi aku akan cuba untuk fokus buat satu blog informasi dunia teknologi. Lebih kepada tutorial, App pilihan dan mungkin sedikit berita dunia teknologi terkini.

Aku seorang yang sangat hype bila ada teknologi baru yang mana membantu dalam kehidupan seharian kita. Ramai member aku yang banyak bertanya mengenai sesuatu device/app dari segi penggunaan, kelebihannya.

Jadi fokus aku untuk mengeluarkan sekurang-kurangnya 1 artikel seminggu. Secara total akan ada sekurangnya 52 artikel dalam setahun. Aku juga bercadang dalam sebulan untuk hasilkan sekurangnya 1 video infografik.

Secara Rumusan:

  • 1 Artikel / Seminggu
  • 52 Artikel / Setahun
  • 1 Video Infografik / Sebulan
  • 12 Video Infografik / Setahun

Semua artikel akan ditaip dalam Bahasa Melayu dan aku akan kekalkan istilah tertentu dalam bahasa asal untuk memudahkan pemahaman pembaca. Video infografik turut dalam Bahasa Melayu. Aku juga akan embed iklan dari Google Adword akan tetapi aku akan cuba letakkan iklan ini ditempat yang sesuai dan tidak mengganggu pembaca.

Ini adalah percubaan pertama aku untuk menceburi bidang blog dan ingin cuba menjana pendapatan darinya. Hope it works out well!.

hafifizainal