Jimat Berbelanja Online Dengan Shopback!

Jimat Berbelanja Online Dengan Shopback!

Dengan Shopback dapat Jimat!

Masih teringat lagi, dulu kalau nak cari baju kena tunggu hujung minggu abah akan bawa gi The Store, Klang. Kini, zaman dah berubah, semuanya di hujung jari. Nak cari barangan elektronik boleh layari lazada, nak beli barangan dari US, boleh beli di ebay. Segala maklumat produk boleh kita cari dengan adanya internet.

Paling best shopping online mesti ada banyak sale, kupon & baucar yang boleh kita perolehi juga secara online. Paling penting kena rajin mencari “rajin google”. Banyak website yang khas yang menyenaraikan kupon-kupon Lazada, Zalora seperti ShopCoupons & Cuponation.

Nak lagi mudah, daftar Shopback. Dengan Shopback anda boleh dapat rebat tunai sehingga 11% jika anda mengunakan perkhidmatan Shopback untuk membeli barangan dari Lazada, Toabao, Qoo10, Fave, Foodpanda, Booking.com, Expedia, Zalora, Adidas, Nike dan banyak lagi. Beli tambah nilai (topup) pun boleh dapat cashback!

hafifizainal how to use shopback

hafifizainal popular shopback

Cara – Cara untuk menggunakan Shopback

Langkah 1: Buka laman web Shopback.my. Untuk pendaftaran, anda klik pada butang ’Sign-Up’ dan masukkan maklumat alamat emel dan kata laluan yang ingin digunakan.

hafifizainal-shopback-1

hafifizainal-shopback-masukkan-email-dan-password

Langkah 2: Selepas anda berjaya membuat pendaftaran pilih Online Store yang ingin anda dapatkan cashback. Untuk tutorial ini saya memilih Lazada.

hafifizainal-shopback-pilih-online-store

Langkah 3: Klik pada butang “Shop Now

hafifizainal-shopback-klik-butang-shop-now

Langkah 4: Laman Lazada akan keluar dan anda pilih barang yang ingin anda beli seperti biasa anda beli di laman Lazada. Setelah anda membuat pembayaran di Lazada, secara automatik cashback anda akan ditambah di laman Shopback dalam masa 48 jam.

hafifizainal-shopback-redirect-lazada

Langkah 5: Semak cashback yang anda dapat di bahagian ‘Cashback Details’.

hafifizainal-shopback-cashback-details

Langkah 6: Tunggu sehingga cashback anda bertukar status ke ‘Redeemable’ dan anda boleh membuat ‘Payout’ kepada akaun bank anda. Jangan lupa untuk masukkan maklumat bank anda di bahagian ‘Account Details’. Untuk bertukar status mengambil masa 30 – 60 hari.

hafifizainal-shopback-cashback-pending

Langkah 7: Untuk membuat ‘Payout’, pergi klik pada kotak ‘Redeemable’. Klik pada butang ‘Go to Payment’ dan semak maklumat bank. Jika maklumat adalah benar, klik pada ‘Request Payout’. Proses pembayaran mengambil masa 7 – 14 hari bekerja. Minimum payout adalah RM10.

hafifizainal-shopback-go-to-payment

Shopback App

Saya suka menggunakan Shopback ni sebab ianya mudah digunakan. Shopback juga boleh di dapati di App Store dan Google Play Store. Proses di aplikasi telefon pintar adalah sama seperti di versi web.

Firefox Plugin

Jika anda pengguna browser Firefox, anda bertuah kerana Shopback mempunyai plug-in yang boleh di pasang di browser anda. Jika anda buka laman kedai online, anda boleh menyemak sama ada laman ini berdaftar dengan Shopback atau tidak. Selepas itu anda hanya perlu klik ‘Get Cashback‘ untuk aktifkan akaun Shopback anda. Mudah kan?

Untuk maklumat lanjut anda boleh layari Shopback.my

Selalu catat nota? Nota anda bersepah? Jom baca Bagaimana Evernote Mengubah Cara Saya Mencatat Nota Dengan Lebih Produktif?

Bagaimana Evernote Mengubah Cara Saya Mencatat Nota Dengan Lebih Produktif?

Bagaimana Evernote Mengubah Cara Saya Mencatat Nota Dengan Lebih Produktif?

Sebagai seorang Software Analyst, penyusunan gerak kerja amat penting. Jika tidak, akan jadi serabut di kemudian hari. Saya seorang yang paling tak suka menulis, lebih suka menaip di komputer riba atau pun di telefon pintar. Sebabnya? Tulisan tangan buruk dan juga tak reti nak buat filling untuk segala nota yang ditulis di buku. Bila masuk meeting, saya akan standby buka Evernote, kalau perlu rujuk nota lama, hanya guna keyword di bahagian search.

Sejak guna Evernote, segala idea yang terlintas di kepala terus saya catat dalam Evernote. Sebab takut nanti terlupa. Maklumlah dah tua. Nak tahu macam mana saya gunakan Evernote? Jom baca!

Apa itu Evernote?

“Evernote merupakan salah satu penyedia perkhidmatan memfokuskan pengambilan nota. Ia amat berguna bagi sesiapa yang membuat kajian, atau ingin membuat nota rujukan pada kelas, selain pada masa yang sama, boleh menangkap gambar dan menyimpan bersama-sama nota yang disimpan. Memandangkan ia disimpan pada awan, maka anda boleh mengakses dengan mudah dimana sahaja anda berada.” – Sumber: Amanz

Stacks, Notebook & Notes

Dengan Evernote, saya boleh asingkan nota untuk personal, kerja, blog dan lain-lain. Anda boleh bina stacks & notebooks. Stacks adalah group untuk notebooks. Manakala Notebook pula adalah group untuk notes.

Tag

Anda juga boleh masukkan tag untuk setiap nota. Fungsi tag ini akan memudahkan anda untuk membuat carian nota untuk tag tersebut. Sebagai contoh, tag “workflow” saya letakkan untuk nota yang mempunyai perbincangan mengenai workflow. Jika saya ingin mencari nota mengenai “workflow”, saya hanya perlu masukkan keyword “workflow” di bahagian search.

Templates

Nak lebih produktif? Buat satu notebookTemplates”. Masukkan segala template seperti Meeting Agenda, Calendar, Phone Log dan sebagainya. Bila nak guna template tersebut, hanya right-click pada template yang diingini, dan pilih “Copy to Notebook”. Dari sini, anda boleh jimat masa dan nota anda akan jadi lebih mudah difahami. Anda boleh guna template yang disediakan oleh Evernote klik sini atau anda bina template anda sendiri.

Auto Sync

Oh tak lupa, Evernote ada di Play Store & App Store. Segala yang anda tulis di desktop akan auto-sync di mobile app juga. Begitu sebaliknya. Ada Apple Smartwatch? Evernote juga mempunyai sokongan untuk WatchOS. Boleh preview nota guna smartwatch!

Tiada internet? Jangan risau, anda masih boleh gunakan Evernote secara offline, dan bila dah ada talian internet nanti, Evernote akan sync secara automatik!

Harga

Untuk pelan Basic, ianya adalah percuma. Anda boleh dapat sehingga 60MB storage sebulan. Jangan risau, untuk bulan seterusnya, Evernote akan renew storage anda kepada 60MB semula. Jika anda jenis heavy user macam saya, saya cadangkan untuk guna pelan Plus atau Premium. Saya gunakan pelan Evernote Premium bayaran sebanyak RM11 sebulan. Setiap pelan mempunyai ciri-ciri masing-masing. Pilih mana yang bersesuaian dengan anda.

Ini pula harga jika anda ingin terus bayar untuk setahun.

Secara kesimpulannya jika anda ingin satu tempat untuk mengumpulkan nota-nota anda secara tersusun, guna Evernote. Rajinkan untuk google “Evernote Tips & Trick” yang akan menjadikan kerja anda lebih produktif.

Tips 1: Sebelum nak guna, fahamkan dulu flow Evernote. Fahami apa fungsi Tag.

Tips 2: Plan Stack & Notebooks yang ingin anda bina

Tips 3: Kalau ada webpage yang ingin anda masukkan dalam Evernote, pasang plug-in Evernote di browser pilihan anda.

Untuk maklumat penuh mengenai Evernote, layari evernote.com.

Office Raya 2017

Office Raya 2017

Hola,

Tahun ni suasana raya kurang meriah sikit dari tahun lepas. Tahun lepas siap pasang 4 khemah tepi office. Ada kambing bakar lagi. Tahun ni, staff hanya tinggal berapa sahaja. So, jamuan raya pun kecil sedikit.

Potluck

Office Raya 2017 - Lemang

Okay, team IT kena buat air dan buah. So buat air campuran soda + asam boi + daun pudina + serai + laici. Menu utama macam biasalah untuk hari raya. Ada lemang, nasi impit, rendang daging, rendang ayam dan juga ada bihun sup (sedap gila sup dia).

Hari Jadi Bos Operation

Office Raya 2017 - Hari Jadi Bos

Kek Pavlova. Tak sempat nak rasa, dah habis

Hari ini jugak ulangtahun kelahiran bos untuk team operation. Untuk ke berapa tak tanya pula.

Cloud Sharing (Gambar Raya)

Office Raya 2017 - IT Team

IT Team

Tahun ni, aku jadi Photographer untuk majlis ni. Tahun lepas nak jadi Videographer, tapi sayang… silap setting quality video kat camera. So video jadi 480p. Tak best nak buat editting.

Kalau dulu nak share gambar dengan staff lain guna NAS (Network Attached Storage). Tahun ni aku buat lain sikit. Dunia dah maju, so sharing guna cloud je. Aku setup short url go.hafifi.com redirect ke Google Photos album yang aku create semalam.

Kalau dorang nak tengok gambar-gambar dari kamera (kamera pinjam office punya), just pergi kat link yang aku setup tu dan download dari situ. Lepas tu dorang nak edit ke apa, sukati.

Aku just transfer gambar masuk Macbook dan auto sync ke Google Photos. Tak perlu aku nak buat dua tiga kerja nak copy ke folder NAS.

Office Raya 2017 - Stok Photo

Tuan dalam gambar cakap, macam gambar YB bagi sumbangan. Haha

Event kali ni aku tetapkan 3 goal yang aku nak.

  1. Gambar semua staff
  2. Sharing guna cloud
  3. Gambar Stok

Dengan jayanya, aku capai ketiga-tiga goals ni. Mungkin sebab staff dah tak ramai, so senang nak manage untuk bergambar.

Sunyi

Tak meriah macam dulu lah, tapi kami cuba untuk buat jadi happening. Dengan bos sporting, so semuanya berjalan lancar. Dulu sambil-sambil tengah makan, ada hiburan band staff.

Aku berjaya juga untuk dapatkan gambar semua orang tanpa ada orang yang tak nampak muka. Aku pesan senang je “Pastikan korang nampak kamera, kalau tak kamera tak nampak korang”. Ini hasil buat research kat internet tentang macam mana nak dapatkan group photo yang cantik.

Apa itu Domain dan Hosting?

Apa itu Domain dan Hosting?

Hosting

Hosting adalah tempat untuk menyimpan fail-fail seperti gambar, video, coding dan sebagainya. Jika anda ingin membina laman web yang boleh diakses 24/7 anda perlukan hosting. Semua komputer boleh dijadikan tempat hosting, cumanya anda perlu pastikan komputer anda dibuka 24/7.

Untuk mengatasi masalah ini, kebiasaannya pembina laman web akan menyewa ruang di syarikat-syarikat penyedia hosting. Harga yang ditawarkan berbeza mengikut spesifikasi yang ditetapkan. Pastikan anda membuat perbanding harga, kualiti & perkhidmatan selepas jualan antara syarikat-syarikat penyedia hosting. Pilih pelan yang terbaik buat anda.

Hosting boleh diakses tanpa domain name. Hosting yang tidak ber’domain’ boleh diakses melalui alamat IP (Internet Protokol Adress) seperti 203.30.236.154.

domain

Domain

Domain atau Domain Name ialah nama unik untuk laman web. Domain memudahkan pengguna untuk mengakses laman web anda dengan mudah. Jika tidak, pengguna perlu mengingati nombor alamat IP untuk mengakses laman web anda. Sebagai contoh hafifizainal.com adalah domain name untuk laman web saya.

Anda pernah lihat domain name seperti ultraprint.my & bankislam.com.my? .my & .com.my dipanggil sebagai ccTLD (Country Code Top Level Domain). Sebagai contoh untuk negara Malaysia .my, .com.my, .gov.my manakala Singapura .sg. Selain dari ccTLD ada juga gTLD (Global Top Level Domain). Sebagai contoh .com (dot commercial), .net (dot network), .info (dot info) dan beberapa gTLD lagi. Harga untuk domain berbeza mengikut TLD.

Jadi, apa yang diperlukan untuk membina sebuah laman web?

Untuk membina sebuah laman web sama ada statik atau dinamik dan mudah diakses orang ramai, anda perlukan sekurangnya tiga perkara ini:

  • Hosting
  • Domain Name
  • Fail, Code (html, css, javascript, dsb)

Bagi mereka yang ingin mencuba membina laman web, anda boleh gunakan perisian XAMP untuk menjadikan komputer anda sebagai server/hosting di peringkat local. Saya mencadangkan untuk anda menggunakan rangka kerja (framework) WordPress. Ianya mudah dan percuma (sumber terbuka).

WordPress

Dengan menggunakan rangka kerja WordPress, anda dapat membina laman web statik atau dinamik. WordPress juga popular dengan Repository Plug In yang banyak. Untuk sesetengah fungsi, anda tidak perlu membina code sendiri. Hanya perlu pasang Plugin yang sedia ada bersesuaian dengan kehendak anda.

Jika anda ingin membina sebuah laman web untuk penjualan barangan secara online, anda boleh pasang plugin WooCommerce. Plugin ini lengkap dengan kemudahan inventori, integrasi dan banyak lagi.

p/s: Saya menawarkan perkhidmatan pembinaan laman web dari A-Z. Jika anda inginkan khidmat saya boleh hubungi saya di hello@hafifizainal.com atau isi borang online ini.

Aplikasi Yang Anda Boleh Gunakan Dengan Chromecast

Aplikasi Yang Anda Boleh Gunakan Dengan Chromecast

Senarai Aplikasi yang anda boleh gunakan dengan Chromecast.

Dengan Chromecast anda boleh hantar video, gambar dan sebagainya dari peranti pintar ke televisyen dan lakukan tugas/aktiviti lain seperti WhatsApp, Facebook tanpa mengganggu siaran di TV.

Baca : Cara Untuk Sambungkan Chromecast Ke TV

Untuk post kali ini saya akan senaraikan aplikasi-aplikasi yang saya gunakan bersama Chromecast. Untuk pengetahuan, saya menggunakan iPhone 6s Plus (iOS 10).

01 – Youtube

Salah satu aplikasi yang anda boleh gunakan dengan Chromecast. Jika anda sudah pasang Chromecast di televisyen anda, anda hanya perlu buka aplikasi Youtube, tekan pada logo dan pilih Chromecast anda. Menariknya untuk Youtube, anda boleh berkolaborasi dengan rakan anda untuk bina satu playlist bersama.

Muat-Turun untuk iOS – App Store
Muat-Turun untuk Android – Play Store

02 – iflix

iflix adalah satu perkidmatan berbayar untuk menonton filem & drama dalam dan luar negara. Untuk menghubungkan dengan Chromecast, anda hanya perlu klik pada butang pada aplikasi iflix dan pilih Chromcast anda.

Muat-Turun untuk iOS – App Store
Muat-Turun untuk Android – Play Store

03 – Spotify

Spotify adalah tempat untuk mendengar lagu secara percuma atau berbayar. Kelebihan Spotify, ianya dapat mengesan peranti yang boleh disambungkan ke akaun Spotify anda. Notifikasi “Device Available” akan keluar jika ia dapat mengesan peranti lain. Klik pada notifkasi tersebut dan pilih Chromecast anda.

Muat-Turun untuk iOS – App Store
Muat-Turun untuk Android – Play Store

04 – Plex

Plex adalah aplikasi yang saya gunakan untuk menonton filem dan drama dari komputer riba ke TV. Ianya juga boleh digunakan untuk gambar, muzik dan lain-lain. Plex adalah aplikasi berbayar (±RM20, bayaran sekali sahaja). Anda perlu setup Plex Media Server dahulu di komputer anda. Menariknya, Plex akan membantu mencari metadata untuk filem yang terdapat di komputer anda seperti tahun filem ditanyangkan dan senarai pelakon.

Muat-Turun untuk iOS – App Store
Muat-Turun untuk Android – Play Store

05 – Facebook

Untuk Facebook, hanya Facebook Videos & Facebook Live sahaja boleh dihantar ke Chromecast setakat ini. Pilih video yang ingin dimainkan. Klik pada butang display, dan pilih Chromecast.

Muat-Turun untuk iOS – App Store
Muat-Turun untuk Android – Play Store

06 – Google Slides

Untuk mereka yang selalu membuat presentation, anda boleh gunakan Google Slides dan Chromecast. Tidak perlu lagi membawa komputer riba. Hanya bawa telefon pintar dan Chromecast dengan syarat ada sambungan Wi-Fi. Anda juga boleh menggunakan file dari Microsoft PowerPoint ke Google Slides.

Muat-Turun untuk iOS – App Store
Muat-Turun untuk Android – Play Store

07 – Google Photos

Google Photos antara salah satu aplikasi yang saya gunakan untuk bakcup gambar. Jika anda ingin berkongsi gambar di televisyen, Google Photos jawapannya. Hanya klik pada logo dan wolla gambar yang terpapar dia telefon pintar anda akan hantar ke televisyen.

Muat-Turun untuk iOS – App Store
Muat-Turun untuk Android – Play Store

08 – Cast-a-Draw

Cast-a-Draw adalah satu aplikasi di mana anda boleh bermain game seperti Pictionary. Anda perlu meneka apa yang dilukiskan oleh rakan anda. Game ini menarik untuk bermain bersama keluarga.

Muat-Turun untuk iOS – App Store
Muat-Turun untuk Android – Play Store

Sebenarnya banyak lagi aplikasi yang anda boleh gunakan dengan Chromecast. Berdasarkan pemerhatian saya, penawaran aplikasi yang mempunyai sokongan Chromecast lebih banyak pada peranti Android berbanding iOS. Pada peranti Android, anda dibenarkan untuk melakukan mirroring akan tetapi pada peranti iOS anda tidak dibenarkan.

Untuk senarai penuh aplikasi yang menyokong Chromecast, anda boleh klik pada pautan ini.