hafifizainal

Bermulanya menceburi dunia web sejak berumur 14 tahun lagi. Masih ingat lagi ketika itu aku hanya ada Microsoft Publisher untuk bina laman web. Setelah itu berpindah ke Dreamweaver yang lebih interaktif. Semejak dari itu juga aku kenal apa itu domain, apa itu web hosting, IRC (psyBNC, shoutcast, IRCd). Semuanya belajar sendiri hasil dari Google dan pembaziran wang (beliĀ hosting mahal gila). Selepas itu, aku lebih gemar menggunakan notepad++ untuk pembangunan laman web.

Sekarang aku bekerja sebagai Software Analyst di sebuah syarikat pharmaseutikal di ibu negeri Selangor. Walaupun aku belajar jurusan Perakaunan, minat terhadap dunia IT tidak pernah pudar. Sejak dari itu aku mula freelance sebagai web designer, mula bina laman web untuk perniagaan kecil.

Orang lain banyak habiskan duit beli pakaian, barangan fizikal (kasut, bag, dsb), aku pula banyak menghabiskan duit untuk barangan digital seperti Aplikasi Telefon/Dekstop dan juga barangan elektronik dan IOT (Internet of Things). Walaupun rasa membazir, tapi aku anggap ianya sebagai research cost. haha. Aku suka beli aplikasi telefon pintar yang sangat membantu produktiviti aku.

bersambung…

Untuk mengetahui tujuan laman web ini, anda boleh baca post ini.

Hubungi

hafifizainal
hello[at]hafifizainal.com

*tukar [at] kepada @